Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Asap putih muncul di Vatican, tanda Paus baharu dipilih
  • GLOBAL

Asap putih muncul di Vatican, tanda Paus baharu dipilih

Utusan Sarawak 23 hours ago
ASAP putih yang keluar dari cerobong Kapel Sistina, Vatikan, menandakan terpilihnya Paus baharu setelah pemilihan, semalam. FotoAFP

LONDON: Asap putih keluar dari serombong Kapel Sistine semalam, menandakan pemilihan paus baharu telah dibuat, lapor Anadolu Ajansi.

Paus baharu dijangka membuat kemunculan tidak lama lagi di balkoni yang menghadap Dataran St. Peter untuk menyampaikan ucapan sulung kepada orang ramai.

Seorang kardinal kanan akan mengesahkan pemilihan itu menerusi pengumuman tradisional “Habemus Papam”, bermaksud “Kita sudah mempunyai Paus” dalam bahasa Latin.

Beliau kemudian akan memperkenalkan nama gelaran yang dipilih oleh paus baharu itu, sekali gus menandakan permulaan bab kepimpinan baharu di Vatican.

Konklaf paus pertama yang diadakan di Kapel Sistine adalah pada 1492 – tahun yang sama Christopher Columbus tiba di Amerika. Pada pertengahan abad ke-13, proses pemilihan paus pernah mengambil masa hampir tiga tahun.

Pada 2013, Paus Francis dipilih selepas lima undian dalam tempoh dua hari.

Francis meninggal dunia pada 21 April lepas pada usia 88 tahun selepas mengalami beberapa masalah kesihatan termasuk serangan jantung. – Bernama – Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Bill Gates umum dermakan hampir keseluruhan kekayaan untuk kebajikan
Next: AS, UK capai perjanjian perdagangan bersejarah – Trump  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.