
LAWAS: Ketua Kampung Banting Jasni Rajudin telah menyerahkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa rumah runtuh di Kampung Banting pada pertengahan April lalu.
Penduduk Kampung Banting telah mengadakan tabung sumbangan untuk membantu enam sekeluarga yang dilanda musibah April lalu.
Terdahulu enam keluarga yang sedang nyenyak tidur dikejutkan dengan insiden ngeri apabila lantai rumah mereka runtuh pada 2.00 pagi 13 April lalu.
Keseluruhan bahagian rumah jatuh menghempap sebuah kereta dan motosikal yang berada di bawah rumah dengan struktur kayu itu.
Semua mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan bantuan jiran di kawasan berhampiran.
Oleh Adeng Edrus