Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WBS
  • Luka
  • WBS

Luka

Utusan Sarawak 2 days ago

Jantung hati itu
berulang kali dijahit dengan jarum kekesalan
dianyam benang kekecewaan
roman yang tenang
dada membadai kegalauan
pedar hati sukar dijinak
bahasanya bisu tiada siapa mendengar
biarlah…
sembuhnya hanya pada masa.

Hanim binti Musa
Kuching, Sarawak.

Kerikil dari Dada

i
Simpulan kusut kesedihan
membalut sunyi tangisku

ii
di celah dada
kerikil berat
membenam pilu
mengasak nafas
kian laju

iii
duka membelit
aku lemas
dalam kenangan

iv
masa perlahan-lahan
mengurai benang
mencungkil batu
satu per satu kususun
jadi landasan untuk berpijak
bukan meninggalkan
tapi mengenangmu
sebagai insan baru.

Azia Nur
Kuching, Sarawak.

Surat untuk Tuhan

Sekuntum jiwa yang bakal mati
mengirim surat untuk Tuhan
sepertiga malam yang sepi
rinai hujan membasahi jalan
ketika gelita menyelimuti.

Setiap helaian terlakar makna
bait lirih mengiringi resahnya
bergetar bibirnya meraba aksara
titisan jernih mutiara air mata
memohon Ilahi menuntun jalannya.

Daun-daun dosa tersingkap jelas
dari luahannya memohon belas
ada jeda di setiap hembusan nafas
tanda sesal pada jiwa yang terbabas
mengharap suratnya bakal dibalas.

Surat Untuk Tuhan
dikarang pada sepertiga malam
dikirim melalui doa dan sujud yang lama
daripada jiwa-jiwa yang berdosa
mungkin tanpa tinta, tanpa sampul, tanpa alamat
namun pasti sampai kepada-Nya
kerana Dia Maha Mendengar, Maha Menerima.

Aruan Samion
Debu Kenyalang
Daro,Sarawak

Continue Reading

Previous: Planet yang Direbut Manusia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.