Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • ADUN Krian komited angkat nama Saratok dalam bidang sukan
  • Tengah
  • WILAYAH

ADUN Krian komited angkat nama Saratok dalam bidang sukan

Utusan Sarawak 5 days ago
FRIDAY Belik menyampaikan sumbangan kepada dua pelajar SMK Saratok yang akan mewakili Sarawak dalam acara Merentas Desa di Melaka pada minggu ini. Foto: ADUN Krian

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik menegaskan komitmennya untuk terus menyokong dan membantu dalam usaha mengangkat nama Daerah Saratok, khususnya DUN Krian dalam bidang sukan.

Menurut beliau, daerah Saratok tidak wajar dipandang ringan dalam pencapaian sukan di peringkat negeri, kerana telah terbukti menjadi antara daerah yang melahirkan ramai jaguh sukan yang berjaya ke peringkat negeri, kebangsaan, malah antarabangsa.

“Tidak dapat dinafikan apabila anak Saratok seringkali berjaya menempatkan diri atau melakar kejayaan sehingga ke peringkat kebangsaan dengan menyertai Sukan Malaysia (Sukma) atau Sukan Asia Tenggara (Sukan Sea).

FRIDAY Belik menyampaikan sumbangan kepada dua pelajar SMK Saratok yang akan mewakili Sarawak dalam acara Merentas Desa di Melaka pada minggu ini. Foto: ADUN Krian

“Oleh itu, usaha melahirkan lebih ramai atlet berbakat dari daerah ini perlu diteruskan secara berterusan khususnya dengan penglibatan aktif pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Mana-mana pihak yang berhasrat menganjurkan aktiviti sukan, kita akan beri sokongan penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan kepada dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saratok yang akan mewakili Sarawak dalam acara Merentas Desa di Melaka minggu ini.

Friday turut menyatakan harapannya agar Saratok dapat menjadi ‘kilang’ melahirkan atlet muda yang berbakat dan berdaya saing.

“Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan sukan sebagai platform latihan kepada atlet. Gunakan kemudahan ini sebaik mungkin untuk melonjakkan nama Saratok dalam dunia sukan.”

Beliau turut menyeru kerjasama semua pihak termasuk ibubapa agar bersama-sama menjadikan Saratok sebagai antara daerah penyumbang utama atlet cemerlang negara.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Nelayan Bintulu terima bantuan lebih RM200,000
Next: 26 sekolah di DUN Tebedu terima dana pendidikan berjumlah RM316,090

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.