
BINTULU: Para peserta Bintulu Cops Run 2025 diminta hadir untuk mengambil kit larian (race pack) pada 1 dan 2 Mei ini bertempat di One Stop Centre, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, Jalan Tun Hussein Onn.
Menurut satu kenyataan, waktu pengambilan adalah dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan disambung semula dari 2.00 petang hingga 4.30 petang.
Peserta perlu membawa kad pengenalan (MyKad) bagi tujuan pengesahan semasa pengambilan.
Semua peserta wajib melengkapkan laluan yang ditetapkan dan mengutip gelang tangan (wristband) di setiap ‘checkpoint’ yang telah ditentukan.
Bagi peserta kategori 10 kilometer (km), pengedaran gelang tangan akan dilakukan di lokasi tertentu sepanjang laluan.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pegawai bertugas, Norafiza di talian 013-5755105 atau Vivi Sumanthi di talian 019-8189274.
Bintulu Cops Run 2025 merupakan antara inisiatif IPD Bintulu untuk memupuk gaya hidup sihat di samping mengeratkan hubungan antara pasukan polis dan masyarakat setempat.
Oleh Carolyne Utih