Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bengkel musnah 30 peratus dalam kebakaran
  • KEBAKARAN

Bengkel musnah 30 peratus dalam kebakaran

Utusan Sarawak 2 weeks ago

KEADAAN kebakaran bengkel di Lorong Greenville 142, Jalan Batu Kitang.

KUCHING: Sebuah bengkel di Lorong Greenville 142, Jalan Batu Kitang mengalami kerosakan sekitar 30 peratus dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku awal pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II (TPgB II) Mohd. Raffy Saibi, Pusat Gerakan Operasi Bomba menerima panggilan kecemasan pada 7.16 pagi, sebelum sepasukan anggota dari balai bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang digerakkan ke lokasi kejadian bersama dua jentera FRT dan sebuah unit EMRS.

OPERASI pasukan bomba memadamkan kebakarang bengkel.

“Kebakaran melibatkan komponen serta peralatan di dalam bengkel tersebut. Setibanya di lokasi, pasukan mendapati api sedang marak di kawasan dalam bengkel.

“Tindakan pantas anggota menggunakan teknik attacking dengan satu aliran salur bantu mula berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke struktur lain.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 7.50 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.00 pagi. Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya dalam satu laporan yang dikeluarkan hari ini.

Operasi pemadaman api dibantu sembilan anggota, serta dipantau oleh Pegawai Operasi Zon 1, Penguasa Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Azaharul Sahari.
Oleh Masrin Affirah

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: BMW X5 musnah terbakar di Jalan Pan Borneo, Bintulu-Miri
Next: Bilik tingkat satu rosak 10 peratus dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.