Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Laluan baharu penerbangan terus dari Sibu – Paro, Bhutan bakal dilancarkan tahun ini
  • Tengah
  • WILAYAH

Laluan baharu penerbangan terus dari Sibu – Paro, Bhutan bakal dilancarkan tahun ini

Utusan Sarawak 3 weeks ago
TERMETERAI….Ugyen Tenzin dari Bhutan Airlines (kiri) dan Thomas Tan dari Sak Soon Travel Agencies Sdn Bhd (kanan) menandatangani MoU laluan baharu penerbangan terus dari Sibu ke Paro, Bhutan. Turut disaksikan oleh Samuel Lee (berdiri kiri) dan Ketua Pegawai Pemasaran Pelancongan Bhutan, Karma Wangdi, yang mewakili Menteri Bhutan (berdiri kanan).

 

SIBU: Laluan baharu penerbangan terus dari Sibu ke Paro, Bhutan yang dijangka akan dilancarkan pada 25 Ogos tahun ini, menyokong Kempen Melawat Malaysia 2026 dengan menyasarkan menarik 53.3 juta pengunjung menjelang 2026.

Menteri Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, penerbangan baharu ini mencerminkan konsep MADANI yang menggalakkan keharmonian, kejujuran dan inovasi untuk pertumbuhan negara. 

“Usaha ini akan membantu kita berkongsi budaya dan belajar antara satu sama lain, serta memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat membawa lebih ramai pengunjung dari Bhutan ke Sarawak, di samping memberi peluang kepada rakyat kita untuk melawat Bhutan,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh wakilnya, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi II) Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), Samuel Lee pada majlis menandatangani MoU antara Bhutan Airlines dan Sak Soon Travel Agencies Sdn Bhd di salah sebuah hotel terkemuka, hari ini.

Tiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong berkata, MoU tersebut menandakan satu langkah besar ke hadapan dalam menambah baik perjalanan udara dan mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara. 

“Kami bukan hanya memulakan laluan baharu, kami sedang mewujudkan jambatan antara dua budaya kami. Perkongsian ini menunjukkan komitmen kami untuk mengembangkan peluang pelancongan, perdagangan dan ekonomi, dan ia mendekatkan rakyat kami,” kata beliau.

Terdahulu, Karma Wangdi dalam ucapannya melahirkan keyakinan bahawa laluan udara baharu ini akan menjadi platform yang kukuh untuk meningkatkan hubungan antara Malaysia dan Bhutan.

“Bukan sahaja melalui pelancongan dan pelaburan, tetapi yang lebih penting, dengan memupuk hubungan rakyat dengan rakyat,” katanya.

Menurutnya, penambahan laluan baharu itu (Sibu – Paro, Bhutan) berikutan penerbangan Pulau Pinang dan Kuala Lumpur sedia ada, menawarkan peluang baharu kepada Bhutan. 

“Malaysia telah muncul sebagai pasaran pelancongan yang menjanjikan untuk Bhutan, bukan sahaja disebabkan peningkatan jumlah pelancong Malaysia ke Bhutan tetapi juga kerana lokasinya yang strategik di Asia Tenggara, khususnya Pulau Borneo,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lima dekad NSJA: Wartawan terus teguh dalam arus perubahan media
Next: 54 anak yatim dirai dalam sambutan Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.