Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi 10 minit tangkap ular dalam rumah
  • Tengah
  • WILAYAH

Operasi 10 minit tangkap ular dalam rumah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
DITANGKAP… Ular berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut khas oleh anggota BBP Bintangor. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seekor ular berjaya ditangkap oleh anggota bomba selepas ditemui berada di dalam sebuah rumah di Lorong 6, Taman Bintang, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata kejadian berlaku kira-kira 2.08 petang apabila pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penghuni rumah terbabit.

“Selepas menerima panggilan, ketua operasi Pegawai Bomba Kanan II Bahani Bajuri bersama dua anggota segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan kami mendapati terdapat seekor ular berada di dalam rumah pengadu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Mahmudin, ular berkenaan berjaya ditangkap dengan menggunakan alat penjerut khas.

“Misi khas ini selesai sepenuhnya pada 2.18 petang tanpa sebarang insiden tidak diingini,” tambah beliau.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 28 Ketua Kaum, seorang Penghulu Zon Pantu terima watikah pelantikan
Next: Dua projek PMR di Meradong bermula dengan penyerahan tapak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.