Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Warga emas melecur, dua selamat dalam kebakaran di Bintulu
  • KEBAKARAN

Warga emas melecur, dua selamat dalam kebakaran di Bintulu

Utusan Sarawak 4 weeks ago
ANGGOTA Bomba berusaha memadam kebakaran. Foto Bomba Bintulu

BINTULU: Seorang lelaki warga emas melecur di bahagian belakang badan manakala dua lagi penghuni berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Medan Ginseng, Jalan Sibiyu di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata mangsa, Yew Hing Kuong, 65, telah diberi rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Nyabau untuk rawatan lanjut.

MANGSA diberi rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS). Foto Bomba Bintulu

“Dua lagi penghuni, Cheng Guat Sien, 88, serta seorang wanita dikenali sebagai Lili Rinus tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 3.49 pagi dan 13 anggota serta sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sekitar empat kilometer dari BBP berkenaan.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah separuh kekal yang merupakan struktur tambahan dan bersambung dengan rumah teres dua tingkat berstruktur kekal. Keseluruhan bangunan dengan keluasan 4.57 x 7.31 meter persegi itu musnah terbakar seratus peratus,” katanya.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 4.53 pagi dan punca kebakaran serta jumlah kerugian sedang disiasat. – Bernama

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Sebuah mesin pembuat arang terbakar
Next: Dua individu melecur, rumah pekerja terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.