Kereta musnah terbakar di pusingan P-turn kawasan Kampung Sebaya

Facebook
WhatsApp

SIBU: Sebuah kereta dilaporkan musnah dalam kebakaran di pusingan P-turn kawasan Kampung Sebaya, Batu 34 Tamin, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 11.43 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta telah terbakar 100 peratus di pusingan P-turn di area Kampung Sebaya. 

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula dari pam jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.

“Kebakaran tiada melibatkan kemalangan jiwa,” katanya menerusi kenyataan.

Oleh Akun Giman

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis