Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Terkini: Serangan Israel korbankan 110 penduduk Gaza
  • GLOBAL

Terkini: Serangan Israel korbankan 110 penduduk Gaza

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR Fail AFP

WASHINGTON: Tentera Israel mendakwa pihaknya melancarkan serangan udara ke atas Semenanjung Gaza, lapor Anadolu Ajansi hari ini.  

“Berpandukan arahan daripada pihak atasan, IDF (Pasukan Pertahanan Israel) dan Shin Bet kini melancarkan serangan besar-besaran terhadap sasaran Hamas di seluruh Semenanjung Gaza,” kata jurucakap tentera, Avichay Adraee dalam hantaran di platform X.  

Media tempatan, memetik Perkhidmatan Kecemasan Awam Palestin melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 110 orang termasuk kanak-kanak terbunuh.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz mengarahkan tentera untuk mengambil tindakan tegas terhadap Hamas di Gaza.  

Israel mendakwa tindakan itu diambil susulan keengganan Hamas membebaskan tawanan serta penolakan terhadap semua cadangan yang dikemukakan oleh Wakil Khas Presiden AS Steve Witkoff dan para perantara.– BERNAMA-ANADOLU

Continue Reading

Previous: Jet Israel serang wilayah Bekaa
Next: Pemimpin global desak Israel hentikan keganasan ke atas Gaza

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.