Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Abang Johari berbuka puasa bersama warga PDRM Sarawak
  • TEMPATAN

Abang Johari berbuka puasa bersama warga PDRM Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago
SAMBUT KEHADIRAN…. Kehadiran Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg disambut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata. Foto UKAS

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluangkan masa berbuka puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak pada satu majlis yang berlangsung di Masjid Al-Muhajidin, Kompleks Perumahan Polis Tabuan Jaya, semalam.

Kehadiran beliau sekitar 6.20 petang dimanfaatkan dengan meninjau beberapa kawasan di kompleks perumahan polis tersebut yang menerima dana daripada Kerajaan Sarawak bagi tujuan baik pulih.

Lawatan itu menzahirkan keprihatinan kerajaan Sarawak terhadap kebajikan anggota keselamatan yang berkhidmat di Sarawak.

TINJAU… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Dato Mancha Ata dan tetamu kehormat yang lain meninjau beberapa kawasan di kompleks perumahan polis. Foto UKAS

Setelah selesai sesi tinjauan, beliau bersama rombongan dan tetamu kehormat berjalan kaki menuju Masjid Al-Muhajidin bagi menunggu waktu Maghrib untuk memulakan majlis berbuka puasa.

Iftar dimulakan dengan jamuan ringan sebelum semua hadirin menunaikan solat Maghrib berjemaah.

Usai menunaikan solat, Premier Sarawak dan warga PDRM meneruskan majlis dengan santapan utama berbuka puasa.

BERBUKA PUASA… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama yang lain memulakan majlis berbuka puasa. Foto UKAS

Sejurus selesai iftar, Premier Sarawak turut menunaikan solat Isyak dan solat tarawih bersama warga PDRM, melengkapkan lagi keberkatan majlis berbuka puasa tersebut.

Mengakhiri majlis berbuka puasa tersebut, turut diadakan sesi penyampaian cenderahati kepada Abang Johari sebagai tanda penghargaan ke atas kehadiran beliau menyerikan majlis tersebut.

Turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni; Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman; Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak, serta tetamu kehormat lain. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Perbincangan kerjasama Petros, Petronas diteruskan
Next: Pastikan pembangunan ekonomi seimbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.