Produk murid berkeperluan khas berpotensi dikembangkan untuk jana pendapatan – Nancy

Facebook
WhatsApp
NANCY Shukri meninjau hasil produk yang diusahakan oleh pelajar sempena Majlis Apresiasi dan Motivasi Murid Berkeperluan Khas Sekolah Kebangsaan Astana 2026 di Pusat Konvensyen Penview (PCC), Demak.

KUCHING, 14 November: Produk yang dihasilkan oleh murid berkeperluan khas berpotensi dikembangkan sebagai usaha membina kemahiran, meningkatkan keyakinan diri serta membuka peluang kepada golongan itu untuk menjana pendapatan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Hajah Nancy Shukri berkata, pendekatan memperkasa kanak-kanak menerusi kemahiran menghasilkan produk sendiri juga boleh menjadi salah satu bentuk terapi kepada mereka.

“Usaha ini selari dengan pendekatan pemerkasaan kanak-kanak yang kini turut diberi perhatian, selain agenda memperkasa wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi dan Motivasi Murid Berkeperluan Khas Sekolah Kebangsaan Astana 2026 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi kejayaan dua beradik yang mula menunjukkan minat selepas mengikuti latihan selama dua hingga tiga hari sebelum berjaya menjual lebih 1,000 unit produk mereka dalam tempoh kira-kira satu setengah hari di Sarawak Plaza.

DATO Sri Nancy Shukri melawat reruai jualan pelajar sempena Majlis Apresiasi dan Motivasi Murid Berkeperluan Khas Sekolah Kebangsaan Astana 2026 di Pusat Konvensyen Penview (PCC), Demak.

“Setiap produk berkenaan dijual pada harga RM40 seunit.

“Pencapaian itu menunjukkan murid berkeperluan khas juga berupaya menghasilkan produk yang mempunyai nilai pasaran sekiranya diberikan latihan dan peluang sewajarnya,” jelasnya.

Nancy turut menggalakkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang berminat mendapatkan bantuan untuk melaksanakan usaha seumpama itu supaya mengadakan perbincangan dengan pihaknya.

“Saya akan mengarahkan pihak dari Putrajaya untuk membantu,” ujarnya.

Oleh Masrin Affirah

UTS rancang tawar program ijazah perubatan

SIBU, 14 November: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) berhasrat memperkenalkan program ijazah perubatan bagi memperluas penawaran akademiknya, sekali gus menyumbang kepada

UTS rancang tawar program ijazah perubatan

SIBU, 14 November: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) berhasrat memperkenalkan program ijazah perubatan bagi memperluas penawaran akademiknya, sekali gus menyumbang kepada