Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Bilik dapur dijilat api, tiga terselamat
  • KEBAKARAN

Bilik dapur dijilat api, tiga terselamat

Utusan Sarawak 2 months ago
PANGGILAN KECEMASAN… Anggota bomba melakukan operasi pemadaman melibatkan bilik dapur dari rumah pekerja kedai makan di Betong, awal pagi tadi. -Foto PGO Bomba Sarawak

BETONG: Tiga penghuni yang mendiami sebuah rumah pekerja kedai makan di tingkat satu bangunan kedai berhadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Bua Betong terselamat dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut sekitar 1.48 pagi.

Enam anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan 1, Jusmandie Jamaie telah dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan itu.

“Kebakaran melibatkan bilik dapur dari rumah pekerja kedai makan di tingkat satu bangunan kedai itu telah terbakar 20 peratus.

Kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada 1.54 pagi.

Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan .

OLEH ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Bilik sauna hotel terkemuka terbakar
Next: Kolam kumbahan sisa minyak sawit Kilang MJM terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.