Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool ketiadaan Alexander-Arnold kerana cedera 
  • SUKAN

Liverpool ketiadaan Alexander-Arnold kerana cedera 

Utusan Sarawak 2 months ago

Alexander-Arnold akan terlepas perlawanan akhir Piala Liga menentang Newcastle akibat kecederaan buku lali yang memaksanya berehat lebih lama. - Foto AFP

LONDON: Pemain Liverpool, Trent Alexander-Arnold akan terlepas perlawanan akhir Piala Liga menentang Newcastle akibat kecederaan buku lali yang memaksanya berehat lebih lama.

Alexander-Arnold mengalami kecederaan pada separuh masa kedua ketika Liverpool tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara di Anfield, Selasa lalu.

Ketiadaan pemain berusia 26 tahun itu memberi tamparan hebat buat pengurus Liverpool, Arne Slot, yang kini tidak mempunyai bek kanan utama menjelang perlawanan akhir menentang Newcastle di Wembley pada tengah malam Isnin ini.

Conor Bradley dan Joe Gomez, yang biasanya menjadi pengganti Alexander-Arnold, masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan.

“Trent tidak dapat diturunkan. Dia tidak akan berada di final,” kata Slot kepada wartawan, semalam.

“Dia masih dalam proses penilaian untuk menentukan tempoh pemulihannya, tetapi kami menjangkakan dia akan kembali sebelum musim berakhir,” kata Slot lagi.

Alexander-Arnold juga tidak tersenarai dalam skuad England yang diumumkan oleh Thomas Tuchel, semalam bagi aksi kelayakan Piala Dunia yang akan berlangsung bulan ini.

Slot bagaimanapun yakin Jarell Quansah mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Alexander-Arnold selepas pemain itu menunjukkan reaksi positif walaupun pernah digugurkan daripada kesebelasan utama sebelum ini.

Quansah kehilangan tempatnya sebagai tonggak pertahanan tengah pada separuh masa pertama perlawanan pembukaan musim menentang Ipswich selepas Slot berpendapat dia ‘tewas terlalu banyak pertarungan’. – AFP

Continue Reading

Previous: Seluruh England: Cabaran Malaysia berakhir
Next: Puas hati prestasi Pearly-Thinaah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.