Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Lelaki dikhuatiri hilang ketika tangkap ikan
  • TEMPATAN

Lelaki dikhuatiri hilang ketika tangkap ikan

Utusan Sarawak 2 months ago
ANGGOTA bomba sebelum memulakan operasi mengesan mangsa di Sungai Sageng, Kampung Sageng hari ini. Foto Bomba Sarawak

SIMUNJAN: Seorang lelaki dikhuatiri hilang selepas keluar menangkap ikan di Sungai Sageng, Kampung Sageng semalam.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 12.39 tengah hari, sebelum mengerahkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan ke lokasi kejadian, yang terletak kira-kira satu kilometer dari balai.

Mangsa yang dikenali sebagai Hamil Hamdan, 43, dilaporkan keluar dari rumahnya di Kampung Sageng sekitar 11.00 pagi semalam (Khamis) untuk menangkap ikan di sungai berkenaan. 

Bagaimanapun hingga kini, mangsa masih belum pulang ke rumah. 

Penduduk kampung kemudian menemui bot serta peralatan menangkap ikan milik mangsa di Sungai Segali, berdekatan dengan lokasi kejadian.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama dimulakan dengan mendapatkan maklumat lanjut mengenai mangsa di lokasi kejadian sebelum membuka Pos Kawalan Operasi Bomba (PKOB).

Operasi yang diketuai oleh PBK II TBK I, Hipini Udai masih lagi diteruskan bagi mengesan mangsa.

Oleh Amanda L.

Continue Reading

Previous: Geran MRP RM299,500 manfaatkan 79 organisasi
Next: 30 rumah dibaik pulih di DUN Mambong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.