KUALA LUMPUR, 23 Oktober: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesembuhan pendakwah terkenal Ustaz Wadi Annuar yang terlibat dalam kemalangan di Gerik, Perak, awal pagi tadi.
Beliau berharap agar Allah SWT mempermudah segala urusan rawatan serta mengurniakan ketabahan dan kekuatan kepada pendakwah itu dalam menempuh ujian berkenaan.
“Semoga Ustaz segera pulih dan kembali berbakti menyampaikan ilmu serta dakwah kepada masyarakat,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.
Wadi Annuar antara lima individu yang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Timur Barat, Gerik kira-kira 2.40 pagi tadi.- Bernama




