Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • MGTC komited majukan teknologi hijau
  • TEMPATAN

MGTC komited majukan teknologi hijau

Utusan Sarawak 2 months ago
TERIMALAH…Elina Jani menyampaikan cenderamata kepada Datuk Dr Hazland Abg Hipni di Kuching hari ini sambil diiringi kenamaan lain.

KUCHING: Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRES) terus komited untuk memajukan teknologi hijau serta inisiatif perubahan iklim dengan menjalin kerjasama dengan kerajaan Sarawak.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata kerjasama itu mencerminkan kesungguhan kerajaan Sarawak dalam membangunkan teknologi hijau dan menangani perubahan iklim di peringkat global.

Katanya, Sarawak akan memainkan peranan penting dalam Minggu Kelestarian Kuala Lumpur (KLSS) pada Oktober 2025 yang akan menjadi platform bagi pemimpin ASEAN membincangkan isu net-zero, perubahan iklim dan kewangan lestari.

“Dengan inisiatif utama seperti levi karbon Sarawak di bawah Ordinan Alam Sekitar 2023 serta perancangan untuk sistem perdagangan emisi ASEAN, kita kini berada di barisan hadapan kelestarian serantau.

”Selain itu, Sarawak juga akan turut serta dalam pameran perdagangan teknologi hijau terbesar di Asia Tenggara yang akan menonjolkan kemajuan negeri dalam tenaga bersih dan menarik pelabur dalam sektor kelestarian, iaitu International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia (IGEM) 2025.

”Sarawak juga terus mengukuhkan perannya dengan terlibat dalam Pavilion Malaysia di COP30 di Brazil yang mana mana usaha wilayah ini dalam tenaga boleh diperbaharui dan pengurusan karbon akan dipamerkan di peringkat global,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut dijemput menyertai acara-acara tersebut, mencerminkan peranan strategik negeri dalam menerajui tenaga boleh diperbaharui, penangkapan dan penyimpanan karbon (CCUS), serta kewangan lestari.

Menurutnya, KLSS 2025 bakal menjadi wadah utama pemimpin ASEAN membincangkan strategi mencapai sasaran sifar bersih (net-zero), manakala IGEM 2025 akan mempamerkan kemajuan Sarawak dalam tenaga bersih dan menarik minat pelabur global.

“Pavilion Malaysia di COP30 di Brazil akan menjadi pentas untuk menyerlahkan usaha kita dalam pengurusan karbon dan tenaga boleh diperbaharui di peringkat antarabangsa,” tambahnya.

Katanya, dengan momentum ini, Sarawak dilihat bukan sahaja sebagai pemacu ekonomi hijau Malaysia tetapi juga pemain utama dalam kelestarian global.

 Oleh Rynna Sha’erra

Continue Reading

Previous: Tiada keputusan berhubung PRN13 – Fadhlina
Next: Geran MRP RM299,500 manfaatkan 79 organisasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.