Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tiada keputusan berhubung PRN13 – Fadhlina
  • TEMPATAN

Tiada keputusan berhubung PRN13 – Fadhlina

Utusan Sarawak 2 months ago
KENANGAN… Fadhlina Sidek serta yang lain merakam gambar semasa majlis Berbuka Puasa PKR Sarawak di sebuah restoran di Kuching, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Hasrat PKR Sarawak untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 (PRN13) masih dalam perbincangan, kata Ketua Wanita PKR Fadhlina Sidek.

Menurutnya, perbincangan antara PKR Pusat dan PKR Sarawak lebih menjurus kepada usaha memperkukuh Kerajaan MADANI.

Beliau berkata setakat ini, tiada sebarang keputusan dibuat oleh parti berhubung penyertaan dalam PRN13 Sarawak akan datang.

PRN13 Sarawak dijangka diadakan tahun depan selepas kali terakhir berlangsung pada 18 Disember 2021.

“Saya rasa kita masih mempunyai banyak ruang untuk berbincang mengenai PRN. Sebab itu saya katakan bahawa teras utama sekarang adalah untuk memperkukuh Kerajaan Perpaduan. Jadi, apa sahaja keputusan mesti berteraskan mesyuarat yang melibatkan semua pihak,” katanya.

MESRA… Fadhlina Sidek meluangkan masa beramah mesra bersama tetamu yang hadir pada majlis Berbuka Puasa PKR Sarawak di sebuah restoran di Kuching, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

Menteri Pendidikan itu berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Berbuka Puasa PKR Sarawak di sebuah restoran di sini, hari ini.

Sementara itu, Fadhlina berkata PKR Sarawak turut menyatakan sokongan terhadapnya untuk kekal sebagai Ketua Wanita pada pemilihan parti Mei ini.

Pada pemilihan parti akan datang, Fadhlina akan dicabar semula oleh Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.

SAMPAIKAN AMANAT… Fadhlina Sidek semasa berucap pada majlis Berbuka Puasa PKR Sarawak di sebuah restoran di Kuching, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

Pada pemilihan PKR 2022, Fadhlina menewaskan Rodziah dengan majoriti 32 undi.

Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat, Majlis Pimpinan Wanita Pusat dan Majlis Pimpinan Pemuda Pusat dijadualkan berlangsung pada 24 Mei. – Bernama

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bazar Ramadan platform tingkat ekonomi tempatan
Next: MGTC komited majukan teknologi hijau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.