Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Ismail Sabri selesai beri keterangan SPRM lebih lima jam
  • JENAYAH

Ismail Sabri selesai beri keterangan SPRM lebih lima jam

Utusan Sarawak 2 months ago
KENDERAAN membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilihat meninggalkan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas selesai memberi keterangan selama hampir lima jam, hari ini. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Beliau dilihat meninggalkan ibu pejabat SPRM pada 3.13 petang dan sempat melambai kepada pengamal media yang menunggu sejak pagi.

Bagaimanapun cubaan media untuk mendapatkan maklum balas tidak berjaya.

Difahamkan beliau dijangka menyambung memberi keterangan esok.

Rakaman percakapan Ismail Sabri sepatutnya diambil pada 7 Mac lepas, namun ditangguhkan ke hari ini atas faktor kesihatan.
Sebelum itu, perdana menteri kesembilan itu dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah di rumahnya pada 21 Februari lepas.

Pada 3 Mac, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram, susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah safe house susulan serbuan dilakukan pihaknya.

Wang tunai dalam pelbagai mata wang antarabangsa antaranya baht, riyal, pound sterling, won, euro, Franc Swiss dan yuan, manakala 16 kilogram jongkong emas tulen yang turut disita dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun membabitkan nilai lebih RM2 juta bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tenaga pengajar institut kemahiran disyaki rogol pelajar
Next: Pemastautin sementara dalang palsu MyKad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.