58 saat kawal api marak, kereta musnah terbakar

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman ke atas sebuah kereta yang musnah terbakar 100 peratus di Jalan Matang FAC, Kuching, pagi tadi.
 

KUCHING: Sebuah kenderaan jenis Perodua Alza musnah dalam kebakaran di Jalan Matang FAC, di sini, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 8:24 pagi sebelum menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi yang terletak kira-kira 21 kilometer dari balai.

Menurut Komander Operasi, PBK II Mohamad Nizam Bujang, sebaik tiba di lokasi pada 8.42 pagi, pasukan mendapati kenderaan tersebut sedang marak terbakar dengan kemusnahan dianggarkan 100 peratus.

Pasukan bomba segera menjalankan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula dari pam jentera dengan sumber air dari tangki jentera. 

Api berjaya dikawal pada 9.00 pagi sebelum operasi ditamatkan sepuluh minit kemudian.

Tiada mangsa dilaporkan dalam insiden ini.

Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis