Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes rasuah: 23 lagi saksi tampil bantu siasatan
  • JENAYAH

Kes rasuah: 23 lagi saksi tampil bantu siasatan

Utusan Sarawak 2 months ago

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merekodkan keterangan 36 saksi bagi membantu siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar).

Sumber SPRM berkata, 23 lagi saksi baharu dikenal pasti dan akan dipanggil dalam masa terdekat bagi memberi keterangan.

“Saksi yang dirakam keterangan termasuk empat bekas pegawai kanan kepada Ismail Sabri yang sebelum ini direman dan dibebaskan dengan jaminan SPRM.

“Empat saksi pula masih dalam proses rakaman keterangan ketika ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, sumber berkenaan turut memaklumkan proses merakam keterangan Ahli Parlimen Bera itu yang dijadualkan 13 Mac ini, hanya akan dilakukan bergantung kepada tahap kesihatannya pada hari berkenaan.

“Sekiranya sihat, beliau boleh diambil keterangan,” katanya.

Bekas perdana menteri kesembilan itu sebelum ini dikejarkan ke sebuah pusat perubatan swasta selepas rebah secara tiba-tiba di rumahnya pada 21 Februari lepas.

Pada 3 Mac lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai sekitar RM170 juta di dalam sebuah safe house susulan serbuan dilakukan pihaknya.

SPRM  juga dilaporkan menyita 13 akaun membabitkan nilai lebih RM2 juta bagi membantu siasatan kes berkenaan.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Padah miliki senapang buatan sendiri
Next: “Mama, saya kejar budak”

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.