Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Fadillah ‘bersungkei’ bersama warga Petra
  • NASIONAL

Fadillah ‘bersungkei’ bersama warga Petra

Utusan Sarawak 2 months ago

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof hari ini meluangkan masa berbuka puasa bersama warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) di sini. 

Ketibaan Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air di Menara Petra kira-kira 6.30 petang disambut timbalannya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Turut hadir Ketua Setiausaha Petra, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli.

Fadillah menyertai lebih 50 warga kementerian mendengar tazkirah Ramadan bertajuk ‘Penat Di Sini, Rehat Di Sana’ disampaikan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), Mohd Salman Idrus.

DATO Sri Fadillah Yusof semasa berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib pada majlis Berbuka Puasa Petra di Menara Petra, Putrajaya hari ini. Turut sama, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Datuk Mad Zaidi Mohd Karli. Foto Bernama

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas kepada Pusat Jagaan Amal Asyura serta duit raya wakalah zakat PETRA kepada 36 orang anak yatim pusat berkenaan. 

Timbalan Perdana Menteri turut menunaikan solat maghrib secara berjemaah yang diimamkan Mohd Salmam. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Teruja buka puasa bersama Anwar
Next: Awasi pemanduan semasa perayaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.