Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Mayat lelaki terapung di sungai
  • JENAYAH

Mayat lelaki terapung di sungai

Utusan Sarawak 2 months ago

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki warga asing ditemukan terapung di Sungai Pantai berdekatan Stesen Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB) Angkasapuri pada 4.39 petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui sistem MERS999 bagi membantu polis untuk mengangkat mayat berkenaan.

Menurut kenyataan itu, seramai 19 anggota bersama dua jentera bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, terdapat seorang mangsa lelaki yang dipercayai telah meninggal dunia, ditemukan hanyut di atas permukaan sungai.

“Tindakan operasi melakukan dua checkpoint iaitu yang pertama berhampiran Blok 100 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai dan yangkedua dari blok 100 PPR Seri Pantai sehingga PPR Seri Cempaka,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan tersebut memaklumkan mayat seorang lelaki berjaya ditemukan berdekatan Stesen KTMB Angkasapuri dan dibawa naik oleh anggota di kawasan berhampiran PPR Seri Pantai pada 5.31 petang.

“Identiti mangsa merupakan bukan warganegara dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya, selepas operasi selesai sepenuhnya pada 6.49 petang,” menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: RM30,000 lesap ditipu ‘Jabatan Pertanian’
Next: Lelaki maut terjatuh dari pusat beli-belah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.