Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tujuh individu disyaki terlibat aktiviti pengedaran dadah ditahan
  • JENAYAH

Tujuh individu disyaki terlibat aktiviti pengedaran dadah ditahan

Utusan Sarawak 2 months ago
DIRAMPAS… Dadah jenis ketamin dan pil jenis ekstasi seberat 9.9 gram bernilai RM808.00 telah dirampas susulan serbuan di sebuah pusat hiburan di simpang Batu Niah, semalam. Foto IPD Miri

MIRI: Tiga lelaki warganegara asing dan empat lelaki warganegara tempatan disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di simpang Batu Niah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Polis (ACP) Alexson Naga Chabu semalam menerusi satu kenyataan berkata kesemua suspek berusia dalam lingkungan 20 hingga 47 tahun itu ditahan sekitar 12.35 tengah malam.

Tangkapan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

“Pemeriksaan di tempat kejadian telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis ketamin dan pil jenis ekstasi dengan berat keseluruhan berjumlah 9.9 gram.

“Nilai rampasan dianggarkan jumlah bernilai RM808.00,” katanya.

Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman manakala kes ini disiasat dibawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta sama.

Alexson turut menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah ini untuk segera melaporkan kegiatan tersebut ke balai polis berhampiran agar aktiviti tersebut dapat dibendung dan dibanteras bersama.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Cubaan seludup RM1.2 juta kelapa tumpas
Next: RM30,000 lesap ditipu ‘Jabatan Pertanian’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.