Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Komited bantu ibu tunggal, wanita kurang berkemampuan
  • TEMPATAN

Komited bantu ibu tunggal, wanita kurang berkemampuan

Utusan Sarawak 2 months ago
2 KENANGAN… Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali merakam gambar bersama tetamu yang hadir pada majlis Sumbangan Ihya Ramadan dan Iftar bersama Biro Wanita Saberkas, di Muzium Budaya Borneo hari ini.

KUCHING: Biro Wanita Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) terus menunjukkan komitmennya dalam membantu golongan wanita, khususnya ibu tunggal dan wanita kurang berkemampuan, melalui program Sumbangan Ihya Ramadan.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63, Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, program itu bertujuan meringankan beban golongan wanita semasa menyambut Ramadan. 

“Kami mengambil kesempatan dalam bulan yang mulia ini untuk menyalurkan bantuan dan menyebarkan semangat keprihatinan kepada mereka yang memerlukan.

“Lebih 100 penerima mendapat manfaat daripada program ini, termasuk sumbangan ‘food basket’ berisi barangan keperluan asas serta duit raya sebanyak RM50.  

“Program ini merupakan inisiatif bersama antara Biro Wanita Saberkas dan Saberkas Cawangan Samariang bagi menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” katanya semasa berucap pada majlis Sumbangan Ihya Ramadan dan Iftar bersama Biro Wanita Saberkas, di Muzium Budaya Borneo hari ini.

Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan peranan wanita dalam pembangunan sosioekonomi melalui pelbagai bidang seperti kraf tangan, pertanian dan penghasilan produk makanan. 

BANTU WANITA… Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali semasa menyempurnakan simbolik agihan sumbangan Ihya Ramadan di Muzium Budaya Borneo, hari ini.

“Biro Wanita Saberkas memainkan peranan penting dalam membantu wanita meningkatkan taraf hidup mereka dan program seperti ini adalah sebahagian daripada usaha ke arah itu.

“Saya berharap semangat keprihatinan dan kesepakatan dalam kalangan masyarakat terus subur, khususnya dalam membantu golongan yang memerlukan. 

“Tahniah juga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dan berharap lebih banyak program seumpama dapat dianjurkan pada masa hadapan,” tambahnya.

Majlis tersebut diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada penerima serta sesi berbuka puasa bersama tetamu yang hadir.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Peraturan baharu harmonikan undang-undang CCUS Persekutuan-Sarawak diperlukan
Next: Sokong pertumbuhan usahawan berimpak tinggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.