
BATU NIAH: Penduduk luar bandar yang tidak berpeluang menggunakan perkhidmatan bas susulan operasinya dihentikan sejak 25 tahun lalu kini menerima khabar gembira, yang mana ia kembali beroperasi mulai pagi tadi.
Penghulu Pui Kuan Phen ketika ditemui hari ini mengucapkan terima kasih kepada Miri Transport Company (MTC) Sdn Bhd, yang telah menghidupkan semula perkhidmatan bas ke kawasan luar bandar.
“Saya ucap terima kasih kepada Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Sri Lee Kim Shin dan Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Sebastian Ting yang berusaha menjayakan operasi khidmat bas.
“Perkhidmatan bas sangat penting kepada penduduk seperti Batu Niah, Sepupok dan Bekenu yang banyak bergantung dalam pergerakan seharian,” katanya.
Perkhidmatan bas berkenaan mempunyai dua waktu perjalanan iaitu dari Batu Niah ke Miri pada 10.00 pagi dan 1.00 petang.
OLEH ADUM LIU