Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Utamakan pendidikan berkualiti
  • WILAYAH

Utamakan pendidikan berkualiti

Utusan Sarawak 2 months ago
TINJAU PERKEMBANGAN... Dato Gerald Rentap Jabu dan yang lain melakukan lawatan ke SK Nanga Ajau di Betong, semalam.
-FOTO FACEBOOK SK NANGA AJAU

BETONG: Seramai 10 murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Ajau yang mengikuti Program Jolly Phonics diterima untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak pada tahun lalu.

Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu menjelaskan, ia merupakan kejayaan terbesar yang dicatatkan bagi pendidikan di kawasan Betong.

Beliau berkata, Program Jolly Phonics yang diperkenalkan di sekolah berkenaan sejak 2018, kini terbukti memberi kesan besar dalam memperkasa pendidikan awal di Betong.

“Inisiatif yang digerakkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Pendidikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Layar ini bertujuan untuk membina asas kukuh penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar pra-sekolah.

“Pencapaian ini sangat bermakna kerana ia merupakan kali pertama pelajar dari sekolah luar bandar berjaya menembusi peluang pendidikan di sekolah antarabangsa,” katanya dalam ucapan ringkasnya semasa melawat ke SK Nanga Ajau, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar turut mencabar semua sekolah di Betong untuk menghasilkan sekurang-kurangnya seorang pelajar yang layak melanjutkan pelajaran ke Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak pada tahun depan.

“Selain program Jolly Phonics, pelbagai inisiatif lain juga telah dilaksanakan bagi memastikan pendidikan di Betong terus maju. 

“Antaranya adalah pemberian peranti tablet kepada pelajar Tingkatan Lima, sumbangan buku kerja dan aktiviti untuk sekolah rendah, serta Program Tuisyen Rumah Panjai yang memberi peluang kepada pelajar di luar bandar untuk mendapatkan pendidikan tambahan,” tambahnya.

OLEH ADI SAFARMAN

Continue Reading

Previous: Ilmu mampu ubah nasib individu, keluarga
Next: Perkhidmatan bas ‘hidup’ semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.