Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • ‘Phone scam’: Guru wanita rugi RM226,400
  • JENAYAH

‘Phone scam’: Guru wanita rugi RM226,400

Utusan Sarawak 2 months ago
MANGSA PENIPUAN… Wanita berusia 38 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC).

KUANTAN: Seorang guru wanita mengalami kerugian RM226,400 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan menerusi panggilan telefon (phone scam) November lepas. 

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata ia bermula apabila wanita berusia 38 tahun itu menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mengaku sebagai pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC), mendakwa kononnya wanita itu terlibat dalam sindiket penipuan.

Beliau berkata panggilan itu kemudiannya disambungkan kepada individu lain yang mengaku sebagai pegawai polis dan wanita itu diarahkan membuat pemindahan wang, kononnya bagi tujuan siasatan Bank Negara (BNM). 

“Dalam tempoh 4 Disember hingga 16 Disember lepas, wanita itu telah membuat 21 transaksi pemindahan wang ke tiga akaun berbeza hingga dia mengalami kerugian sebanyak RM226,400. Ia merupakan wang simpanan wanita itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Adik perempuan bekas pemain bola sepak kebangsaan ditemukan selamat
Next: Doktor ganggu pesakit wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.