Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 1,010 warga SMK Kai Chung sertai program bomba
  • Tengah
  • WILAYAH

1,010 warga SMK Kai Chung sertai program bomba

Utusan Sarawak 2 months ago
PENGISIAN AKTIVITI… Antara pengisian aktiviti pihak bomba dan warga SMK Kai Chung yang dijalankan sepanjang program. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Seramai 932 orang pelajar, 70 orang guru, lapan orang kakitangan sokongan dan tujuh orang pekerja swasta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kai Chung terlibat dalam Program Kesedaran Awam bersama pihak bomba, semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran dalam kalangan warga sekolah.

“Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program dari 8.30 hingga 10.30 pagi. 

“Ia termasuklah latihan pengungsian bangunan, ceramah keselamatan kebakaran, demonstrasi pemadaman api menggunakan alat pemadam api (APA) serta pameran jentera bomba,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, program tersebut penting bagi memastikan warga sekolah memahami prosedur kecemasan dan tindakan awal yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran.

“Latihan sebegini memberikan pendedahan kepada pelajar dan kakitangan sekolah mengenai langkah-langkah keselamatan kebakaran, selain meningkatkan kesedaran terhadap bahaya kebakaran di persekitaran sekolah. 

“Selain itu, pemeriksaan Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) turut dijalankan bagi mengenal pasti serta mengurangkan risiko kebakaran di kawasan sekolah,” katanya. 

Tambahnya, program tersebut dikendalikan oleh penyelia pasukan, Mijan Pamin dan empat orang anggota bomba. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Peranan wanita tidak lagi terhad
Next: SUPP Bawang Assan anjur program khidmat bergerak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.