Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tiga lelaki ditahan polis disyaki edar dadah
  • JENAYAH

Tiga lelaki ditahan polis disyaki edar dadah

Utusan Sarawak 2 months ago
DIRAMPAS… Barang larangan yang dirampas daripada suspek. Foto IPD Miri

MIRI: Tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah ditahan pihak polis, semalam.

Ketua Polis Daerah, ACP Alexson Naga Chabu menerusi satu kenyataan hari ini berkata, penangkapan tiga suspek 35 hingga 43 tahun itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Ketiga-tiga suspek ditahan pada 5.40 hingga 5.50 petang di tepi jalan berhampiran kedai makan Simpang Ngu, Batu Niah.

“Semasa melakukan pemeriksaan di tempat kejadian tersebut pasukan serbuan telah menjumpai dan merampas barang disyaki dadah jenis Methamphetamine berjumlah 11.60 gram.

“Nilai rampasan barang disyaki dadah dianggarkan jumlah bernilai RM1,270,” katanya.

DIRAMPAS… Barang larangan yang dirampas daripada suspek. Foto IPD Miri

Alexson berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta yang sama.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan, hendaklah dikenakan hukuman penjara untuk suatu tempoh tidak kurang daripada dua tahun tetapi tidak melebihi lima tahun, selain dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak melebihi sembilan sebatan.

Kesemua suspek telah dibawa ke Mahkamah Miri untuk permohonan reman.

Alexson menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan penyalahgunaan dadah ini untuk segera melaporkannya ke balai polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.
Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: SPRM selesai temu bual doktor rawat Ismail Sabri
Next: Mercun, bunga api, rokok bernilai lebih RM45 juta dirampas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.