Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • COMAC intai kerjasama industri penerbangan bersama Sarawak
  • TEMPATAN

COMAC intai kerjasama industri penerbangan bersama Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago
TEROKA KERJASAMA… Dato Sri Lee Kim Shin menerima cenderamata daripada Yu Shihai semasa kunjungan hormat di Bangunan Baitulmakmur, Kuching hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Delegasi pengurusan tertinggi dari Commercial Aircraft Corporation of China (COMAC) mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin di Bangunan Baitulmakmur di sini hari ini.

Delegasi COMAC diketuai oleh Ketua Pegawai Kewangan, Yu Shihai bersama beberapa pegawai kanan termasuk Timbalan Pengurus Besar Pusat Pemasaran & Jualan Liu Yan, Pengarah Jabatan Kelaikudaraan Li Guoping serta wakil daripada Jabatan Jualan Luar Negara dan Kejuruteraan Jualan.

Sepanjang pertemuan tersebut, COMAC memperkenalkan beberapa model pesawat mereka termasuk C909, C919 dan C929 yang dilihat berpotensi menyumbang kepada pembangunan industri penerbangan di Sarawak.

Delegasi Sarawak pula berkongsi perkembangan terbaru sektor penerbangan negeri, termasuk pemerolehan MASwings dan penubuhan AirBorneo sebagai langkah meningkatkan rangkaian penerbangan serantau.

Untuk rekod, pada Mac tahun lalu, pesawat ARJ21 yang kini dikenali sebagai C909 telah melakukan penerbangan demonstrasi dari Subang ke Kuching, membuktikan kesesuaiannya untuk laluan penerbangan serantau.

Lee menyambut baik minat COMAC terhadap Sarawak dan menegaskan komitmen kerajaan negeri dalam memperkasa sektor penerbangan.

“Sarawak sedang giat memperluaskan rangkaian penerbangannya serta membangunkan kapasiti industri penerbangan.

“Kami mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama yang boleh menyokong matlamat jangka panjang dalam meningkatkan kesalinghubungan udara dan pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Turut serta dalam lawatan itu ialah wakil ICBC Aviation Leasing, cabang penyewaan pesawat bagi Industrial and Commercial Bank of China (ICBC).

Antaranya ialah Pengurus Besar, Zhen Yan serta beberapa pegawai kanan dari jabatan pasaran, perbendaharaan dan Asia-Pasifik.

Sementara itu, pihak kerajaan Sarawak pula diwakili Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr. Jerip Susil, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan Datu Wong Hee Sieng serta Penasihat Teknikal Penerbangan Sio Yew Hua. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Jom buka puasa bersama Sabtu ini
Next: Premier Sarawak berbuka puasa bersama penjawat awam 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.