Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • AirBorneo bakal beroperasi penuh 12 bulan
  • SEMASA

AirBorneo bakal beroperasi penuh 12 bulan

Utusan Sarawak 2 months ago
TERUJA… Dato Sri Lee Kim Shin melihat model kapal terbang di Akademi Aeroangkasa di CENTEXS Lundu, hari ini. FotoHERRIEY NAHA

LUNDU: Proses peralihan MASwings kepada AirBorneo dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya 12 bulan kerana perlu mendapatkan kelulusan daripada pelbagai badan pengawal selia.  

Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin memberitahu, perubahan itu bukan sesuatu yang boleh dilakukan dengan segera kerana melibatkan peraturan antarabangsa.  

“Ini bukan seperti beli bas, beli hari ini, daftar esok, terus boleh jalan. Kita ada banyak peraturan yang perlu dipatuhi, dari peringkat nasional hingga ke antarabangsa.

“Kami sedang berusaha mendapatkan kelulusan daripada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan  Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).  

“Untuk kelulusan awal pun, kita perlukan paling kurang empat bulan. Banyak dokumen yang perlu disediakan, banyak peraturan yang perlu dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media semasa lawatan rasmi ke Akademi Aeroangkasa di CENTEXS Lundu, hari ini.

Tambah beliau, kod rasmi bagi AirBorneo masih dalam proses pemilihan dan perlu mendapat kelulusan IATA. 

“Kita nak pastikan semuanya berjalan lancar sebelum betul-betul beroperasi sebagai AirBorneo.

“Buat masa ini, operasi MASwings akan diteruskan seperti biasa sehingga semua proses peralihan selesai,” jelasnya.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kru MASwings diserap ke AirBorneo 
Next: Hospital Bintulu kesan waris mendiang Soon Chee Meng

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.