Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Rasuah: SPRM ambil keterangan Ismail Sabri sekali lagi Rabu ini – Azam Baki
  • JENAYAH

Rasuah: SPRM ambil keterangan Ismail Sabri sekali lagi Rabu ini – Azam Baki

Utusan Sarawak 2 months ago

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi pada Rabu ini, berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Pada sidang media di sini hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki turut mengesahkan perdana menteri kesembilan itu merupakan suspek bagi siasatan kes berkenaan.

“Saya boleh katakan beliau (Ismail Sabri) adalah suspek dalam kes ini, ini kerana pertama Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 telah diberikan kepada beliau untuk membuat pengisytiharaan harta.

“Kedua, bila terjumpa wang ini dan beliau antara yang dikaitkan, maka kita perlu mendapatkan penjelasan daripada beliau tentang penemuan wang ini,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Semalam, SPRM dilaporkan berkata Ismail Sabri sedang disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram dan fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.

(Berita penuh menyusul…)

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Ismail Sabri suspek kes rasuah, pengubahan wang haram – Azam Baki
Next: Tiada pihak arah SPRM siasat Ismail Sabri – Azam Baki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.