Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Warga emas ditemukan maut dengan kesan kebakaran
  • JENAYAH

Warga emas ditemukan maut dengan kesan kebakaran

Utusan Sarawak 2 months ago
GAMBAR hiasan.

ALOR SETAR: Seorang wanita warga emas ditemukan maut dengan kesan terbakar dipercayai dibunuh  anak lelakinya yang mempunyai masalah mental di Jalan Tok Keling di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Siti Nor Salawati Saad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian amuk anak mangsa pada 7.48 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian.

Beliau berkata sebelum itu berlaku pertengkaran antara suspek berusia 43 tahun dan mangsa 68 tahun dengan disaksikan anak suspek berusia 14 tahun yang turut berada dalam rumah sama.

“Berdasarkan keterangannya, kejadian berlaku antara 7.00 hingga 7.30 pagi. Dia terdengar pertengkaran antara ayahnya (suspek) dengan si mati iaitu nenek kepada saksi sebelum mendengar jeritan neneknya meminta tolong. 

“Saksi melarikan diri keluar dari rumah untuk meminta bantuan daripada jiran. Beberapa jiran cuba melihat apa yang berlaku namun telah diancam oleh suspek menyebabkan jiran terpaksa menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Siti Nor Salawati, suspek ditahan di hadapan rumah dan pemeriksaan lanjut menemukan mangsa dalam keadaan terbakar.

“Semakan awal mendapati suspek adalah pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental,”  katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Katanya, polis masih mengenal pasti motif sebenar kejadian. – Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki, seorang warga asing ditahan edar dadah
Next: Mayat reput ditemukan dalam tandas terbiar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.