Man City kekal kelab paling berharga dunia

Facebook
WhatsApp
KELAB PALING BERHARGA… Stadium Etihad milik kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City di Manchester, England. Foto FB Manchester City

ABU DHABI: Manchester City (Man City) kekal sebagai pasukan bola sepak paling berharga di dunia, menurut statistik terkini Transfermarkt.

Senarai 10 teratas itu termasuk lima kelab Inggeris bersama City, iaitu Arsenal, Liverpool, Chelsea, Tottenham dan Manchester United (Man Utd) bersama-sama dengan Real Madrid dan Barcelona dari Sepanyol, Paris Saint-Germain dari Perancis dan Bayern Munich dari Jerman, lapor agensi berita Emirates (WAM).

Man City mendahului dengan nilai pasaran €1.30 bilion, diikuti oleh Real Madrid (€1.23 bilion), Arsenal (€1.15 bilion), Barcelona (€1.01 bilion) dan Liverpool (€967.50 juta).

Chelsea menduduki tempat keenam (€928.50 juta), PSG ketujuh (€870.50 juta), Bayern Munich kelapan (€856.00 juta), Tottenham kesembilan (€846.10 juta) dan Manchester United di tempat ke-10 (€724.05 juta). – Bernama