
AMANDA L.
KUCHING: Sempena Ramadan tahun ini, Kafe Ombak @ Hotel Samudra kembali dengan promosi khas ‘Juh… Sungkey Ramadan Set Talam Ombak’, yang menawarkan hidangan mesra rakyat bermula esok hingga 28 Mac kelak, antara 6:00 petang hingga 9:00 malam.
Pengurus Operasi Hotel Samudra dan Kafe Ombak, Khairul Syafiq berkata, konsep set talam ini mula diperkenalkan sejak 2019 sebagai alternatif lebih berpatutan berbanding bufet.
Kali ini, semua set ditawarkan pada harga seragam RM79 untuk dua orang dan RM139 untuk empat orang, dengan tambahan RM29 untuk setiap dewasa dan RM19 bagi kanak-kanak.
Menurut beliau, inisiatif ini memudahkan pelanggan menikmati hidangan istimewa pada kadar harga yang lebih mesra rakyat.
Kafe Ombak juga menawarkan promosi ‘early bird’ dengan diskaun 10 peratus bagi tempahan sebelum 1 Mac 2025, tertakluk kepada terma dan syarat.
Selain itu, pelanggan boleh menambah menu sampingan seperti bubur pedas ombak, sup tulang daging, ikan asam pedas, nasi goreng daging, ayam butter, cucur pisang dan pelbagai lagi, pada harga serendah RM8.90.
Melalui promosi ini, Kafe Ombak @ Hotel Samudra berharap dapat memberikan pengalaman berbuka puasa yang lebih berbaloi kepada para pelanggan.
