Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tun Wan Junaidi singgah kedai runcit bagi persiapan Ramadan
  • TEMPATAN

Tun Wan Junaidi singgah kedai runcit bagi persiapan Ramadan

Utusan Sarawak 2 months ago

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi, singgah di kedai runcit tempatan selepas menikmati sarapan pagi tadi.

Kunjungan ini bertujuan membeli keperluan dapur sebagai persediaan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang semakin hampir.

Tun Wan Junaidi menzahirkan kepentingan membuat persediaan awal bagi memastikan kelancaran persiapan sepanjang bulan suci tersebut.

Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa membeli sendiri keperluan dapur memberikan kepuasan tersendiri serta membolehkan pemilihan barangan yang bersesuaian dengan keperluan keluarga.

Terdahulu, Tun Wan Junaidi, dan Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi meluangkan masa menikmati sarapan pagi di Fian Catering Cafe.

Turut bersama ialah anakanda mereka, Sharifah Fariah.

Roti canai, dan roti canai telur bawang merupakan hidangan kegemaran pilihan Tun Wan Junaidi, dan Toh Puan untuk dinikmati dalam suasana santai, pagi ini.

Hidangan ini, meskipun ringkas, menjadi pilihan utama setiap kali mereka berkunjung ke premis berkenaan.

Kehadiran Tun Wan Junaidi, dan keluarga disambut mesra oleh pelanggan lain yang berada di lokasi tersebut.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: SAINS terima Anugerah ASEAN Outstanding Corporation
Next: Kursus AI di Petra Jaya -Fadillah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.