
MARUDI: Seramai 751 atlet daripada 120 sekolah rendah Bahagian Miri terlibat dalam Kejohanan Merentas Desa Bahagian Miri di Dataran Marudi hari ini.
Daripada 751 atlet tersebut 394 adalah atlet lelaki dan 357 atlet perempuan yang berusia 12 tahun ke bawah.
Pertandingan sejauh empat kilomter itu bermula 7.30 pagi hari ini dari Dataran Marudi dan kembali semula ke lokasi yang sama.
Daerah yang terlibat dalam kejohanan bagi Peringkat Bahagian Miri itu ialah Daerah Miri. Daerah Subis dan Daerah Baram/Marudi sebagai tuan rumah.

Berucap pada majlis penangguhan rasmi kejohanan, Pegawai Pendidikan daerah Baram Matthew Laing Ngau berkata ia bertujuan memilih atlet yang berjaya dalam pertandingan ini untuk mewakili Bahagian Miri yang akan berlangsung di Kapit pada April depan.
Beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta atlet yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam Pertandingan Merentas Desa 2025.
Katanya tidak kira siapa menang dan kalah yang penting ialah semangat kesukanan yang telah ditonjolkan.
Beliau berharap atlet yang akan mewakili Bahagian Miri nanti dapat memberi komitmen yang terbaik dan semangat yang tinggi.
“Kepada semua yang terlibat dalam melaksanakan kejohanan ini saya merakam terima kasih dan juga mengucapkan penghargaan kepada ibu bapa yang memberi sokongan dan semangat kepada anak masing-masing yang terlibat dalam kejohanan ini.
Dalam pada itu seramai lima atlet perempuan dan lima atlet lelaki di bawah 12 tahun dipilih yang akan mewakili Bahagian Miri ke Pertandingan Merentas Desa 2025 yang akan diadakan di Kapit pada April depan.
Atlet perempuan yang dipilih ialah Athessya Azzuan (SK Anchi) dari Miri, Fidelty James (SK Sg Manong) dari Subis, Vanessa Antalai (SK Sg Arang) dari Baram, Davleen Asong Welthy (SK Lutong) dari Miri dan Felicianez Rachel Willie (SK Tudan) dari Miri.
Sementara bagi kategori leleki 12 tahun ke bawah yang turut dipilih ialah Josiah Samson Sigar Solomon (SK St. Joseph) dari Miri, Muhammad Aqil Mohamad Arnie (SK Lutong) dari Miri, Hizkia Luhat Jakaria (SK Kita) dari Subis, Daniel Darren Sawing Capipirossi Loris (SK Sg Jaong) dari Baram dan Christino Rivaldo Olivia (Sk Tudan ) dari Miri.
Oleh Jiku Juguong