Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 73 warga SK Penghulu Andin terjejas akibat banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

73 warga SK Penghulu Andin terjejas akibat banjir

Utusan Sarawak 2 months ago

SARIKEI: Seramai 73 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Penghulu Andin terjejas akibat banjir yang melanda sekolah tersebut, hari ini.

Mereka terdiri daripada 50 orang murid, 15 orang guru, dan lapan anggota kumpulan pelaksana (AKP). 

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarikei bertindak pantas menyelamatkan kesemua mangsa selepas menerima panggilan kecemasan pada 8.10 pagi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Leftenan (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, hujan berterusan sejak malam tadi menyebabkan jalan utama ke sekolah tersebut dinaiki air sehingga paras pinggang. 

“Kami menerima panggilan kecemasan daripada pihak sekolah yang memaklumkan keadaan banjir yang menjejaskan laluan utama. 

“Pasukan APM Sarikei segera digerakkan ke lokasi pada 9.44 pagi dan tiba di sekolah pada 10.20 pagi untuk melaksanakan operasi pemindahan,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, seramai 11 anggota APM Sarikei yang diketuai oleh Sarjan (PA) George William telah dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 40 kilometer (km) dari pusat kawalan operasi daerah (PKOD) APM Sarikei.

Menurut Shahrol Azizi, operasi pemindahan ke lokasi selamat berjalan lancar dan selesai sepenuhnya pada 11.30 pagi. 

“Keadaan sekolah secara keseluruhan tidak terjejas, namun beberapa bangunan akademik (kelas), blok pentadbiran, blok asrama, dapur asrama dan dewan makan dinaiki air setinggi lebih satu kaki,” tambahnya.

Tambahnya, kesemua mangsa yang terperangkap berjaya dipindahkan dengan selamat.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh berlaku di Jalan Meruton Sarikei
Next: Anugerah PSEA pembakar semangat Majlis Perbandaran Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.