Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tanah runtuh berlaku di Jalan Meruton Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

Tanah runtuh berlaku di Jalan Meruton Sarikei

Utusan Sarawak 2 months ago
Keadaan tanah runtuh hadapan Rumah John, Jalan Meruton hari ini. Anggota bomba memasang tali sawar-sawar di sekitar kawasan untuk keselamatan. Foto ihsan BBP Sarikei 

SARIKEI: Kejadian tanah runtuh berlaku di Rumah John, Jalan Meruton dekat sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 9.49 pagi tadi. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati tanah runtuh berlaku di hadapan rumah panjang tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, pasukan bomba memasang tali sawar-sawar di sekitar kawasan tanah runtuh tersebut. 

“Penduduk rumah panjang dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati, kemungkinan tanah runtuh berlaku lagi sekiranya hujan berterusan.

“Pasukan bomba mengambil maklumat berkenaan kejadian tanah runtuh tersebut untuk tindakan selanjutnya dari jawatankuasa pengurusan bencana. 

“Operasi di lokasi selesai sepenuhnya pada 11.35 pagi,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Bomba pantau Jalan Ixora, Jalan Allamanda
Next: 73 warga SK Penghulu Andin terjejas akibat banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.