KUCHING, 25 Oktober: Tebedu mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) tertinggi di Sarawak iaitu 200 setakat 2.00 petang ini, menghampiri tahap sangat tidak sihat.
Lundu merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 193, diikuti Kuching (185) dan Samarahan (182), manakala Lubok Antu mencatatkan bacaan 168.
Sri Aman dan Betong turut merekodkan bacaan tidak sihat masing-masing pada 159 dan 156, diikuti Belaga dengan 107.
Sementara itu, IPD Serian dan Sibu masing-masing mencatatkan bacaan 100, manakala 11 kawasan lain merekodkan bacaan pada tahap sederhana, termasuk Kapit (97), Kanowit (94), Saratok (92), Bintulu (91), Samalaju (83), Lawas (81), Mukah (73), Limbang (69), Miri dan Bario (masing-masing 65) serta ILP Miri (64).
Berdasarkan kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 301 ke atas berbahaya.
Orang ramai boleh merujuk bacaan IPU terkini melalui portal rasmi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) bagi mendapatkan maklumat kualiti udara semasa.
Oleh Adele Rissa




