
Keadaan paras air naik di Daerah Dalat hari ini. Foto Unit Dron APM Sarawak
KUCHING: Keadaan banjir di Sarawak terus menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menurun kepada 3,082 orang setakat 8.00 malam ini.
Angka ini menunjukkan pengurangan sebanyak 372 orang berbanding 3,454 mangsa yang direkodkan pada 4.00 petang tadi.
Sibu mencatatkan penurunan ketara dengan jumlah mangsa kini berkurang kepada 429 orang, berbanding 737 pada laporan sebelumnya.
Bintulu juga merekodkan pengurangan besar apabila jumlah mangsa menurun kepada 1,175 orang, berbanding 1,836 pada jam 4.00 petang.
Mukah kekal dengan 607 mangsa tanpa perubahan sejak petang tadi, manakala Miri menunjukkan sedikit penurunan dengan 271 mangsa berbanding 274 sebelum ini.
Oleh Amanda L.