
KUCHING: Keadaan banjir di Sarawak kekal terkawal dengan jumlah mangsa yang masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mencatatkan sedikit peningkatan kepada 3,921 orang setakat 8.00 pagi ini.
Perubahan ini melibatkan pertambahan seorang mangsa berbanding 3,920 orang yang direkodkan pada 12.00 tengah malam tadi.
Secara keseluruhan, kebanyakan kawasan tidak menunjukkan perubahan ketara.
Sibu masih mencatatkan 983 mangsa, manakala jumlah di Sarikei dan Miri kekal masing-masing pada 13 dan 443 orang.
Di Bintulu, situasi juga tidak berubah dengan 1,868 mangsa yang masih ditempatkan di PPS.
Mukah, bagaimanapun, mencatat sedikit peningkatan apabila jumlah mangsa bertambah seorang kepada 614 orang, berbanding 613 sebelum ini.
Oleh Amanda L.