![](https://utusansarawak.com.my/wp-content/uploads/2025/02/9c0197b5-3894-452d-b6c1-b030b12ef4b6.jpeg)
PARAS BAHU JALAN...Paras air sudah mula melepasi paras bahu jalan semasa rondaan pemantauan oleh anggota bomba, malam ini. Foto BBP Sarikei
SARIKEI: Air pasang mengakibatkan paras air sudah melepasi paras bahu jalan di enam kawasan rendah berisiko banjir yang dipantau pihak bomba di sini malam ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik berkata, pihaknya menjalankan rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) di Jalan Wharf, Jalan Bunga Raya, Jalan Rambai, Jalan Cempaka, Jalan Ixora dan Jalan Allamanda.
“Rondaan pemantauan bermula pada 8.00 hingga 9.15 malam.
“Hasil pemantauan dua orang anggota bomba di kawasan tersebut mendapati paras air sudah melepasi paras bahu jalan,” katanya ketika dihubungi.
Namun, katanya, keadaan lalu lintas terkawal dan tiada panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan.
Oleh Earl Anek