KUCHING: ACP Roslan Tahir dilantik sebagai Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) yang baharu dalam satu Majlis Serah Tugas oleh DSP Lee Leng Ian yang disaksikan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Aidi Bin Ismail.
Jawatan Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Sarawak dinaiktaraf ke pangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) yang sebelum ini berpangkat Deputi Superintenden Polis (DSP).
PDRM memandang serius dalam mencegah salahlaku dalam organisasi yang melibatkan pegawai dan anggota.
DSP Lee Leng Ian telah menjawat jawatan Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Sarawak lebih kurang dua tahun sebelum jawatan tersebut dinaik taraf dan diserah secara rasmi pada satu majlis di sini semalam.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Dato’ Aidi Ismail mengucapkan tahniah kepada ACP Roslan atas perlantikannya sebagai ketua jabatan tersebut dan kenaikan pangkat ACP dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada DSP Lee Leng Ian atas dedikasi dan komitmen yang ditunjukkannya sebelum ini. Majlis tersebut serah terima tugas itu berlangsung di Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak di sini.
Oleh Cheryl Law