Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kes bunuh: Polis tahan dua lelaki 
  • JENAYAH

Kes bunuh: Polis tahan dua lelaki 

Utusan Sarawak 5 months ago

BINTULU: Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan seorang wanita tempatan yang berlaku di Tubau di sini, pagi semalam. 

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Nixon Joshua Ali berkata, polis menerima laporan mengenai mangsa yang ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai disebabkan suspek sudah tidak mahu menjaga mangsa yang dikatakan uzur dan sering menimbulkan masalah kepada mereka.

“Polis telah menahan dua lelaki, masing-masing seorang warga tempatan dan seorang warganegara asing, berusia dalam lingkungan 40-an, di kawasan Tubau. 

“Tangkapan berjaya dibuat dalam tempoh empat jam selepas laporan diterima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari setelah permohonan reman diluluskan oleh Mahkamah Majistret Bintulu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) bagi kesalahan membunuh.

Superintenden Nixon turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kes ini.

Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil dan menghubungi Bilik Gerakan Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu di talian 086-318304.

Continue Reading

Previous: Op Ragada: Bekas Datuk Bandar antara empat lagi ditahan
Next: Lelaki miliki enam rekod jenayah dicekup edar dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.