LAWAS: Keseronokan bermain futsal terganggu apabila seekor ular jenis Tiung Cincin Emas atau nama saintifiknya Boiga dendrophila muncul di atas bumbung Dewan Mega Futsal di sini malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas Clarence D.Primus Tiandun berkata sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian sejauhnya tiga kilometer sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 10.45 malam.
Setibanya di lokasi kejadian, pemantauan terus dijalankan dan didapati seekor ular jenis Boiga Dendrophila berada di bumbung dewan berkenaan.
“Anggota kita cuba bertindak menangkap ular tersebut dengan menggunakan satu unit galah sehingga ular itu berjaya ditangkap dan di lepaskan ke habitat asalnya jauh dari kediaman awam,”katanya hari ini.
Operasi berakhir dengan selamat dan para pemain yang terlibat meneruskan permainan futsal selepas terganggu seketika.
Oleh ADENG EDRUS