Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Hospital Miri jejak waris Wong Tack Seng
  • Utara
  • WILAYAH

Hospital Miri jejak waris Wong Tack Seng

Utusan Sarawak 5 months ago
CARI… Hospital Miri cari waris mendiang Wong Tack Seng.

MIRI: Hospital Miri kini sedang mencari waris atau kenalan seorang pesakit lelaki yang dikenali sebagai Wong Tack Seng yang meninggal dunia akibat sakit pada 2 Januari, selepas 11 hari menerima rawatan.

Hospital Miri menerusi hantaran di akaun Facebooknya berkata, mendiang memegang kad pengenalan bernombor 710617-13-XXXX.

“Pesakit tiba di Hospital Miri sendiri untuk mendapatkan rawatan dan dimasukkan ke Wad Perubatan Lelaki pada 23 Disember 2024. Dia, bagaimanapun, meninggal dunia pada 7.24 malam, 2 Januari 2025.

“Sehingga kini, tiada waris atau individu menghubungi Hospital Miri untuk memberikan sebarang maklumat berhubung si mati,” katanya.

Sehubungan itu, pihak hospital meminta kepada waris atau orang awam yang mengenali mendiang supaya menghubungi Jabatan Forensik Hospital Miri di talian 085-460600 pada waktu pejabat, Isnin hingga Jumaat, dengan kadar segera.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Majlis Bandaraya Miri sediakan 44 tong sampah RORO menjelang Tahun Baharu Cina
Next: Pengerusi Saberkas Cawangan Ba’kelalan, John Tua meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.