KUCHING: Sarawak Media Group (SMG)/TVS hari ini menegaskan bahawa isu penahanan reman seorang pegawai yang mendapat perhatian ramai tidak berkaitan dengan organisasi tersebut.
Kenyataan itu dibuat bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam kalangan masyarakat.
Menurut kenyataan rasmi, operasi SMG/TVS tetap berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan dan menyeru agar sebarang pertanyaan atau penjelasan berhubung isu tersebut disalurkan melalui saluran komunikasi rasmi.
Langkah ini bertujuan untuk memastikan maklumat yang disampaikan adalah tepat.
SMG/TVS memandang serius penyebaran maklumat palsu atau tuduhan tidak berasas yang boleh menjejaskan reputasi organisasi.
Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam menyebarkan dakwaan tidak berasas.
Pihak SMG/TVS menurut kenyataan itu, komited untuk mengekalkan integriti serta kepercayaan masyarakat dan akan terus memantau perkembangan situasi bagi memastikan semua pihak menerima maklumat yang sahih.